“Terkontang-kanting selepas diabaikan… Geram saudara dianiaya suami, wanita sokong kaum Hawa minta wang hantaran tinggi

DALAM Islam, pemberian wang hantaran tidak termasuk sebagai perkara wajib dalam urusan pernikahan.

Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang mana nilainya dipersetujui oleh kedua-dua pihak, untuk diberikan kepada keluarga perempuan.

Biarpun tidak wajib, namun adat memberi wang hantaran dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu sudah diamalkan sejak berkurun lamanya dan seakan-akan sukar untuk dihapuskan.

Bagaimanapun, setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hal ini.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang wanita bertegas menyatakan pendiriannya bahawa pihak perempuan sewajarnya meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada bakal suami.

Hujahnya, nilai tinggi penting untuk mengukur kesungguhan seorang lelaki yang mahu menyunting wanita yang bakal menjadi pasangan sehidup sematinya.

“Kenapa perlu minta hantaran mahal? It’s effort lelaki tu kita nak tengok. Tahap mana kesungguhan kau nak jaga anak orang,” tulisnya.

Tambah wanita itu, pandangan peribadinya juga dilontarkan berdasarkan kisah yang berlaku kepada saudara terdekatnya, yang terkontang-kanting selepas diabaikan suami sendiri.

“Bini balik kena masak, dengan tengah bawa perut sampai ke nak beranak, kau langsung tak menolong. Tak bawa pergi hospital. Memang jantan tak guna.

“Inilah salah satu sebab kenapa hantaran kena mahal. Mahal tu tidaklah berbelas ribu, komer,” terangnya.

Ceritanya lagi, suami kepada saudara perempuannya itu bijak berlakon dan hanya selepas mendirikan rumah tangga, ‘belang’ lelaki tersebut terserlah.

“Sebelum kahwin tak risik ke? Oh namanya manusia… pandai bersandiwara.

“(Kini) Bercerai sudah… sambil bini menanggung anak dua ketul. Anak last tak pernah ditengok bapanya sampai sekarang,” luahnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Sebahagian daripada mereka berpandangan hantaran yang tinggi hanya akan membebankan lelaki dan merumitkan urusan untuk menghalalkan hubungan pasangan.

“Minta ikut kemampuan sudah. Kehidupan selepas kahwin lagi penting. Gaji minima tak lepas nak buat loan dengan bank. Last last hutang ahlong berlesen.

“Maaf tak sokong idea ni sebab tiada dalam Islam pun kan. Awal-awal dah ‘paw’ lelaki then harap dia sara bini dan anak? Patut ringankan beban dia, so dia akan ada duit yang secukupnya untuk sara bini dan anak dia,” komen netizen.

Dalam masa yang sama, ramai berpandangan bahawa nilai hantaran yang tinggi bukanlah jaminan kebahagiaan rumah tangga.

“Aku hantaran tak tinggi, susah senang sama-sama. Harap berkekalan. Cuma kesian dekat abang aku, perempuan minta hantaran tinggi tapi lepas tiga bulan minta cerai… alasan tak serasi.

“Saya berkahwin dengan suami hantaran sikit je, majlis pun cuma doa selamat untuk 150 orang. Alhamdulillah bahagia hingga ke hari ni, suami jaga sangat baik waktu mengandung dan pantang,” komen netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*