TERKINI | Akaun telegram peribadi Perdana Menteri digodam

Tangkap layar ciapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi twitternya pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan akaun telegram peribadi miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri memohon agar mana-mana pihak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa mengenai perkara terbabit.

“Perhatian: akaun telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Beliau turut menggesa agar mengabaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

TERKINI | Akaun telegram peribadi Perdana Menteri digodam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*