Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.
Razman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semanggol, Perak turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu.
“Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja
“Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Razman dalam ceramah malam tadi mendakwa pemimpin DAP itu sebagai “anak YTL”.
Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay. Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.
Yeoh bagaimanapun menjawab “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”
Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana “mengerat” video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita.
“Dalam ceramah panjang saya semalam, satu minit video telah dikerat oleh media untuk dijadikan tajuk berita.
“Pemberitaan yang merujuk ayat saya tentang Hannah Yeoh kira-kira kurang sepuluh saat dari keseluruhan ceramah lebih setengah jam,” katanya.
Razman juga berkata bahawa dia kecewa dengan apa yang dilaporkan pihak media.
“Saya juga sedikit kecewa berkaitan pemberitaan yang seperti sengaja mencari kesilapan dengan hanya melaporkan kesilapan tersebut tanpa mengulas ucapan dan isu lain selain kejayaan program tiga hari tersebut.
“Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama,” katanya.
Namun, kata Razman dia berharap isu ini difahami dengan penjelasan yang diberikan.
“Saya mengharapkan isu ini di fahami dengan penjelasan yang saya berikan. Saya juga menyeru pemberitaan berbentuk menajamkan intelek rakyat dan bukan menajamkan permusuhan di kalangan rakyat ,” tambahnya.
Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan.
Pada 11 Disember lalu, Razman mengeluarkan memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt.
Kenyataan kontroversi Razman malam tadi itu dibuat tidak lama selepas anggota Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, juga daripada PAS, membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.
Baca juga :
Sultan Ibrahim santap pagi bersama Anwar di Nasi Lemak Burung Hantu
Sultan Ibrahim santap pagi bersama Anwar di Nasi Lemak Burung Hantu
Leave a Reply