Terkejut nampak abang ipar tengah ‘dating’ dengan skandal di pantai, ini terjadi selepas itu

Siapa sangka niat baik untuk membawa anak saudara bersiar-siar di luar bertukar menjadi detik mengejutkan apabila terjumpa satu sosok lelaki yang sangat dikenalinya berdua-duaan dengan seorang perempuan muda.

Tular satu rakaman kejadian di Indonesia di mana seorang wanita yang membawa anak buahnya keluar pada waktu petang secara tiba-tiba ternampak abang ipar yang juga bapa kandung kanak-kanak tersebut sedang ‘dating’ dengan skandalnya.

Pada awal video itu, lelaki berkenaan dilihat tenang menikmati angin dan suasana waktu petang bersama wanita muda tersebut sebelum dia menoleh ke belakang dan ternampak kelibat adik iparnya sedang merakam.

Apabila kecurangannya itu diketahui, kedua-dua mereka kelam kabut mahu meninggalkan tempat mereka ‘picnic’ berdua-duaan tetapi adik iparnya terus datang dekat dan lantang memarahi lelaki dan wanita itu.

Lebih menyakitkan hati, mereka meminta gadis terbabit untuk bersabar dan mahu menjelaskan apa yang berlaku namun si adik ipar enggan mendengar apa apa penjelasan daripada abang ipar mahu pun skandalnya itu.

Abang iparnya dan wanita berkenaan kemudian beredar daripada tempat kejadian menaiki motosikal dan anaknya yang turut berada di situ menangis tetapi tidak dihiraukan si bapa.

Baca juga :

Sindiket tawaran pinjaman: Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*