Terima suapan jutaan ringgit, bekas setpol menteri direman SPRM

Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki menerima suapan daripada beberapa syarikat serta kontraktor yang telah mendapat tender di sebuah kementerian.

Selain individu itu yang menjadi suspek utama, tiga lagi ahli perniagaan juga direman termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sumber SPRM berkata, penahanan keempat-empat suspek dibuat selepas suspek utama telah meminta dan menerima suapan bagi memastikan tender pembekalan diperoleh pihak kontraktor.

Katanya, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan sehingga 27 Jan, manakala seorang lagi suspek direman selama tiga hari iaitu sehingga 26 Jan, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

“Keempat-empat suspek lelaki ini dipercayai telah menerima suapan daripada beberapa syarikat termasuk kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

“Semua suspek telah ditahan sekitar 7 hingga 8.30 malam tadi iaitu tiga di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir bagi direkodkan keterangan dan seorang lagi ditahan di sekitar Shah Alam, Selangor,” katanya sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Azmi Kamaruzaman, mengesahkan tangkapan terhadap semua suspek itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM juga berkemungkinan akan memanggil beberapa individu lain bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Yurut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*