“Terima kasih PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana bantu urusan pulang kami ke sini (tanah air)”.
Itu luahan pasangan suami isteri yang mahu dikenali sebagai Mohammad, 60, dan Ju, 58, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 sejurus tiba dari Mekah pada pukul 7 petang semalam.
Mohammad dan Ju adalah pasangan suami isteri yang pernah dilaporkan akhbar terkandas di Mekah akibat masalah berkaitan visa pelancongan untuk mengerjakan haji.
Selepas sebulan terkandas di tanah suci, mereka akhirnya dapat pulang ke Malaysia hasil bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah selain kos ditanggung sepenuhnya agensi pelancongan (TA) mereka.
Anak perempuan pasangan itu, Ena, 33, ketika ditemui berkata, dia sekeluarga berada sangat lega dan bersyukur kerana akhirnya ibu bapanya dapat pulang ke tanah air.
“Sebelum ini, saya sekeluarga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan mereka ketika terkandas hampir sebulan di tanah suci itu. Mereka hidup dalam ketakutan dan tidak keluar dari bilik.
“Mereka hanya makan mi segera sahaja dalam bilik hotel. Malah, orang ketuk pintu pun mereka tudak respon sebab mereka tidak ada pasport, tidak ada gelang, tidak ada apa-apa, sampai mereka kata rasa seperti pelarian,” katanya.
Turut baca :
- Terima rasuah RM1.55 juta dalam tempuh dua tahun, bekas Datuk Bandar JB mengaku tidak bersalah
- {VIDEO} Tidak ‘hirau’ nyawa penumpang, pemandu bas E-Mutiara potong ‘double line’ digantung kerja
- Sejak berusia enam tahun jadi pemuas nafsu, ‘kerja gila’ bapa tiri terbongkar selepas doktor buat laporan polis
Leave a Reply