SEORANG bapa tergamak menjual bayinya kepada pasangan suami isteri gara-gara terdesak memerlukan wang.
Menurut laporan Detik, lelaki yang hanya dikenali sebagai RA, 36, menjual bayinya yang berusia 11 bulan kepada sepasang suami isteri di Tangerang, Jawa, dengan harga Rp 15 juta (RM4,038).
Menurut Ketua Polis Kota Tangerang, Pesuruhjaya Zain Dwi Nugroho, urusan jual beli itu bermula apabila RA terlihat hantaran (posting) dibuat oleh pasangan berkenaan di laman sosial.
“Seterusnya dia berkomunikasi melalui Messenger dan WhatsApp. Kemudian membuat temu janji dengan pemilik akaun berkenaan di Tangerang,”kata Zain.
Ujar Zain lagi, kes tersebut terbongkar selepas polis menerima laporan daripada ibu bayi malang berkenaan.
Wanita yang hanya dikenali sebagai RD membuat laporan polis selepas mengetahui bayinya dijual oleh suaminya.
“Ibu bayi itu bekerja di Kalimantan, manakala anaknya ditinggalkan bersama suaminya. Suaminya pula bekerja sambilan,” katanya.
Tambah Zain lagi, RA mengaku kepada polis bahawa dia menjual bayinya kerana kesempitan wang.
Turut baca :
Leave a Reply