Terdesak nak pakai duit, penganggur ambil jalan pintas jual bekas isteri di aplikasi dengan harga RM77

Terdesak nak pakai duit, penganggur ambil jalan pintas jual bekas isteri di aplikasi dengan harga RM77.  Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana menjual bekas isterinya melalui satu aplikasi.

Menurut pihak polis, suspek Muhammad Iqbal Habib berjaya ditahan pada Jumaat lalu di Wisma Cemara, Riau Indonesia.

Perbuatan suspek terbongkar setelah polis mendapat laporan berhubung aktiviti pemerdagangan orang yang berlaku di kawasan tersebut.

Daripada maklumat yang diperolehi, Pasukan Petugas Siasatan Jenayah Polis Dumai segera mendapatkan suspek yang berada di perkarangan Wisma Cemara. Kemudian pasukan itu segera menahan suspek.

Suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan ketika sedang melakukan urusan jual beli bekas isterinya kepada seorang lelaki manakala mangsa kemudian ditemui di dalam sebuah bilik.

Hasil siastan mendapati, suspek menawarkan bekas isterinya kepada seorang lelaki dengan harga 250,000 Rupiah (RM77) dan keuntungan yang diterima sebanyak 150,000 Rupiah (RM46).

Suspek mengaku tidak mempunyai pekerjaan tetap, jadi dia terpaksa menjual bekas isterinya.

Susulan itu, suspek akan menjalani prosiding undang-undang dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum lima tahun penjara.

Dalam pada itu, berdasarkan pengakuan mangsa yang berusia 18 tahun tersebut dia mendedahkan bahawa sebelum ini dia pernah dijual kepada dua orang lelaki melalui aplikasi MiChat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*