Baru-baru ini di laman X, tular satu luahan seorang lelaki yang rasa beban kerana terpaksa tanggung kos makanan untuk teman wanita yang kuat makan.
Teman wanita kuat makan
Kata lelaki yang merahsiakan identitinya itu, dia terpaksa berhabis sebanyak RM2500 hanya mahu ‘layankan’ selera makan teman wanitanya itu.
Susulan melayankan selera makan teman wanita yang tinggi, lelaki itu berkata gajinya pada setiap hujung bulan pasti hanya akan tinggal RM150 dan disebabkan itu, dia terasa terbeban perlu mengeluarkan ribuan ringgit hanya untuk makan.
Makan ja 2.5k?????????? pic.twitter.com/mpc30O7kXV
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) July 22, 2024
Netizen nasihat berpada dalam berbelanja
Susulan perkongsiaan yang dilakukan, rata-rata netizen yang membaca luahan lelaki terbabit menasihatinya untuk berfikiran waras dalam membelanja seseorang kerana jumlah yang digunakan oleh teman wanita sangat keterlaluan.
Bahkan, ramai yang berkata jumlah wang ribuan yang dikeluarkan oleh lelaki itu bagi melayan selera makan teman wanitanya boleh membeli barangan dapur untuk satu keluarga setiap bulan.
Turut baca :
Leave a Reply