Tegur pelakon remaja sebar aib, netizen berdebat pertikai pendapat Menteri Agama

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad

Tegur pelakon remaja sebar aib, netizen berdebat pertikai pendapat Menteri Agama.  Beberapa hari ini, kecoh di media sosial akan pendedahan seorang pelakon remaja berkenaan sikap bapanya yang didakwa telah melakukan perkara tidak senonoh terhadap darah dagingnya sendiri.

Di sebalik pendedahan itu, ramai akui terkejut dan tidak menyangka penderitaan yang telah dilalui oleh pelakon itu dan ibunya, namun tak kurang juga yang menyelar tindankannya yang dianggap telah membuka aib sendiri.

Tampil dengan pendapatnya, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad menegur pelakon itu untuk menutup aib sendiri dengan tidak mendedahkannya kepada orang ramai.

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai -Idris Ahmad.

Menurutnya, remaja berkenaan sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” -Idris Ahmad.

Bagaimanapun, ada pula pihak yang kurang berkenaan dengan kenyataan beliau kerana kejadian sebegitu seharusnya didedahkan untuk memberi kesedaran kepada individu berdepan nasib sama.

Dalam waktu sama, ada juga yang memihak kepada pandangan Idris Ahmad agar ‘mangsa’ lebih menjaga aib ayah kandungnya.

 

 

Tegur pelakon remaja sebar aib, netizen berdebat pertikai pendapat Menteri Agama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*