“Kau memang perempuan tak tahu malu kan? Lelaki yang kau keluar ni suami orang. Kenapa kau gatal sangat?”
Amirah telan airliur dan betulkan letak tubuhnya.
“Kau nak buat kecoh apa lagi dekat sini, Mia?” Aduka menyoal dengan riak muka rimas.
“I buat kecoh? You sedar tak yang I ni isteri you?”
“Isteri atas kertas je. Aku tak pernah cintakan kau.”
“Mia, kitorang terserempak je. Tak ada plan nak jumpa pun.” Amirah membela diri.
“Kau diam! Tadi masa aku bercakap dengan kau, tak menjawab macam orang bisu. Sekarang ni aku tengah bercakap dengan laki aku.
So kau diam!” Lurus jari telunjuk Damia mengena batang hidung Amirah.
Bibir Amirah terkunci rapat.
“Kau jangan nak tunjuk hebat lah, Mia.” Aduka bengang.
“Kenapa? You test power I? Mari lah… I test dekat you.”
“Jangan buat kecoh lah. Pergi balik…” arah Aduka.
“I buat kecoh? You keluar dengan perempuan lain di belakang I, you cakap I buat kecoh?” Terbuntang biji mata Damia menyoal.
Dia cemburu!
Ya cemburu selepas sebulan berkahwin lelaki itu masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya.
“Kau nak mengata Mira, tengok diri sendiri dulu. Paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih” ujar Aduka marah.
Wah! Dia main peribahasa pula. Aku tahu la format karangan BM sekararang banyak main peribahasa. Dia nak praktis dekat sini pula.
Getus Damia dalam hati.
“Ya, I memang bukan perempuan yang baik. I rampas you dari dia tapi korang belum kahwin masa tu. Sekarang ni I isteri you yang sah.
Dia tak berhak langsung ke atas you.” bidas Damia.
Aduka buat muka bosan. Dia dah bosan hadap perangai Damia yang keras kepala dan pentingkan diri. Macam dalam dunia ni dia seorang sahaja yang betul.
“Pergi balik lah…” Sekali lagi mulut Aduka menghalau.
“You langsung tak ada rasa bersalah dengan I?”
Aduka hanya tayang muka tanpa perasaan. Tidak mengiayakan apatah lagi menidakkan.
“You mesti anggap I macam patung je dekat rumah tu kan? Sebab tu sampai hati keluar dengan ex you tanpa pengetahuan I. I ni macam tak penting langsung dalam hidup you.”
Aduka tetap memilih untuk tidak membalas. Dia cuma tidak mahu pertelingkahan mereka melarat.
“Oh… you diam je… Suka lah nampak I macam orang bodoh cakap seorang diri depan ex you ni. Fine… Have fun, Aduka dan Amirah.” ujar Damia dengan hati yang sakit.
“Abang…” Amirah pandang wajah Aduka yang dibelit rasa bersalah.
“Biarkan dia…” Balas Aduka namun mata masih memandang belakang tubuh Damia yang semakin menjauh.
Turut baca :
Leave a Reply