Tak sempat bertunang, pasangan kekasih maut kemalangan 4 kenderaan

Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu malam tadi.

Mangsa, Muhammad Haniff Idham Mohd Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, kedua-duanya berasal dari Kuala Terengganu.

Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku pada 10.30 malam selepas kereta Perodua Myvi dipandu Haniff dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik pasukan penyelamat dari arah belakang.

Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang bekerja sebagai peniaga bersama bakal tunangnya terbabas lalu melanggar pokok hiasan di tengah pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan.

Katanya, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang dari arah Gong Badak menghala ke Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta mangsa.

Selepas itu, datang pula sebuah kereta melanggar belakang kenderaan SUV berkenaan. Bagaimanapun pemandu kenderaan SUV hanya cedera ringan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pasangan berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum disahkan meninggal dunia.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*