“Tak pernah jumpa seindah pelangi…” Penggali kubur kongsi keadaan liang lahad juruterbang nahas Elmina buat ramai teruja

Keindahan kubur dengan lapisan tanah pelbagai warna milik Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, disifatkan cantik menyerupai pelangi.

Allahyarham merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Hulu Klang, kelmarin.

Menerusi perkongsian penggali kubur Thejaws di TikTok, dia berkata, ia merupakan pengalaman kali pertama sejak bekerja sebagai penggali kubur.

“Setakat ni hampir setiap minggu ada kematian, kadang dua hingga tiga lubang kena gali seminggu dan ini adalah pengalaman pertama di sini.” katanya.

Menerusi video sama, dia turut berkongsi pemandangan dari dalam kubur tersebut.

“Bagi yang teruja dengan keindahan pelangi, kita saksikan pandangan dari dalam lubang kuburnya. Memang berlapis-lapis macam ni coklat sikit, merah, hitam, kekuningan, hijau sikit dan membawa ke kuning.

“Ada lapan warna berbeza. Inilah kubur jenazah kapten kapal terbang Elmina tu. Luas dan lebar. Cantikkan? Seolah-olah warna pelangi,”ujarnya.

Rata-rata orang ramai turut teruja dengan keindahan liang lahad milik Allahyarham Shahrul yang cantik dan mengatakan belum pernah melihat kubur seumpamanya.

“Cantik lapisan tanah bang. Saya gali belum jumpa tanah lapis-lapis macam ni. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman,” kongsi Crab2401.

“Kenapa tengok liang lahad mereka cantik, macam luas sangat-sangat. Struktur tanah dia pun cantik. Warna pun cantik, jarang dapat tengok macam ni,” kata Dind4 KiRan4.

“Apa la yang arwah buat masa hidup, cemburu. Subhanallah, Allahuakbar,” ujar seorang lagi pengguna.

Video itu yang tular di media sosial meraih sebanyak 500,000 tontonan sejak ia dimuat naik, semalam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*