“Tak kuat nak dengar sampai habis…” Malaika minta Yasin nyanyikan di sebalik tirai besi.
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman telah menghasilkan satu lagu di sebalik tirai besi bertajuk Bebaskan Aku.
Menerusi satu posting di Instagram, video Yasin sedang menyanyikan lagu yang dicipta sepenuhnya dari dalam Penjara Sungai Buluh, didendangkan khas buat anak kesayangan, Malaika.
Difahamkan, ahli keluarga yang telah melawat Yasin sempat menitip pesanan dari Malaika untuk Yasin menyanyikan lagu tersebut buatnya.
Dalam video, dilihat Yasin menyanyikan lagu tersebut dari awal hingga akhir menerusi panggilan telefon yang dibuat ahli keluarganya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat buat Yasin selain mendoakan kesejahteraannya di penjara.
Turut baca
Leave a Reply