Tak dapat terima kekalahan anak, anggap satu penghinaan, bapa tembak juri pertandingan ratu cantik

GARA-GARA tidak dapat menerima kekalahan anak, seorang lelaki bertindak menembak juri pertandingan ratu cantik serantau di Altamira, Brazil.

Ia berikutan, anaknya mendapat tempat keempat dalam pertandingan akhir pada 28 Julai lalu.

Memetik laporan, Oddity Central, insiden tersebut berlaku kira-kira beberapa jam selepas pertandingan tamat.

Suspek yang merupakan bapa kepada salah seorang peserta, mula menyuarakan rasa tidak puas hati tentang keputusan berkenaan dan mempersoalkan keputusan hakim serta kriteria penilaian.

Dia yang juga seorang penternak tempatan kemudiannya mengeluarkan pistol dan cuba menembak salah seorang hakim.

Bagaimanapun, tindakannya itu berjaya dihalang sepasukan polis yang mengawal lokasi pertandingan.

Suspek dipercayai terkena tembakan dan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

Terdahulu, seorang saksi menyatakan, tindakan berani suspek adalah disebabkan dia menganggap keputusan pertandingan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap anaknya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*