“Tak cakna, hanyut dengan dunia hiburan… Ning Baizura dikecam hebat selepas buka pekong sendiri tidak tahu maksud Rafah

“Tak cakna, hanyut dengan dunia hiburan… Ning Baizura dikecam hebat selepas buka pekong sendiri tidak tahu maksud Rafah

Gara-gara tidak mengetahui maksud Rafah, penyanyi Ning Baizura menerima kecaman hebat daripada netizen dalam media sosial hari ini.

Perkara tersebut mula tercetus apabila Ning, 48, yang membuat siaran langsung Instagram membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’ (semua perhatian buat Rafah).

Namun, reaksi yang diberikan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu ternyata mengejutkan kerana dia tidak memahami perkara tersebut sekali gus memberi bayangan dia tidak cakna dengan isu semasa khususnya peperangan di Palestin ketika ini.

“All Eyes on Rafah… who’s that? (Siapa itu),” jawabnya ringkas.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen menyifatkan dia tidak sensitif dengan peperangan yang sedang melanda Palestin.

“Dia tak cakna dan hanyut dengan dunia hiburan.

“Dia tak tahu apa itu Rafah, masya-Allah. Perlu diboikot tak?

“Takkanlah tak tahu, sudah berbulan-bulan perang di Palestin berlaku,” komen netizen.

Meskipun dihujani kecaman, masih wujud segelintir netizen yang berpendapat Ning mungkin kurang peka dengan isu semasa kerana kesibukan bekerja.

Ning bagaimanapun dilihat susah mengehadkan ruangan komen hantaran Instagramnya selepas dihujani dengan kecaman netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*