Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengucapkan tahniah atas kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata pihaknya turut menghargai kerjasama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atas kemenangan itu.
“Tahniah kita menghargai kerjasama daripada Anthony Loke. Tahniah kerana menang di Kuala Kubu Bharu,” katanya pada ucapan majlis sambutan ulang tahun PKR ke-25, di sini.
Keputusan rasmi menyaksikan PH berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi melalui calonnya, Pang Sock Tao.
Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam tadi, sekali gus mempertahankan DUN itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Setakat 8 malam, PH meraih 11,818 undi, PN (8,303 undi); Bebas (159) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 129 undi.
Turut baca :
Leave a Reply