Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau, sumbang gangsa kedua negara – PM Anwar

“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!”.

Demikian ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia selepas berjaya menundukkan pemain dari India, Lakshya Sen dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris semalam.

Anwar turut menyifatkan gerak permainan Zii Jia sebagai satu persembahan yang memukau sehingga mampu menyumbang pingat kedua untuk Malaysia dalam sukan Olimpik Paris 2024.

Terdahulu, pingat pertama disumbangkan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa, pada hari Ahad.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*