Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipercayai mengalami cedera ringan akibat terlanggar dahan pokok tumbang semasa melakukan disiplin berbasikal dalam kejohanan triatlon yang disertainya tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian tersebut, namun tidak menyatakan kecederaan dialami bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
“Setakat ini, difahamkan YB Syed Saddiq sedang berkayuh ke checkpoint akhir untuk acara seterusnya iaitu acara larian,” katanya
Syed Saddiq menyertai acara triatlon yang melibatkan disiplin renang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal (180km) serta larian (42.2km) dan dijangka menghabiskan triatlon tersebut pukul 8.51 malam semalam.
Turut baca :
Leave a Reply