Suspek terakhir culik Albertine Leo direman 7 hari

Suspek terakhir yang diberkas berhubung penculikan kanak-kanak perempuan di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu ditahan reman selama tujuh hari, bermula semalam.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun itu.

Suspek yang ditahan di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, pada pukul 4.45 pagi semalam, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 3 petang dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis.

Suspek yang dibawa dari Selangor ke negeri ini dilihat memakai baju festival Bon Odori Johor yang dianjurkan di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Terdahulu, empat suspek kes penculikan Albertine Leo Jia Hui, 6, itu berusia 28 hingga 55 tahun direman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*