Suspek berpangkat Lans Koperal bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian

Suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke ladang Kampung Sri Kledang, petang ini.

Suspek berusia 26 tahun yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal itu tiba kira-kira pukul 2.30 petang dengan menaiki salah sebuah daripada empat buah kenderaan polis.

Suspek diiringi anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Kehadiran suspek berkenaan dipercayai bagi membantu siasatan di lokasi kejadian.

Terdahulu, suspek direman selama tujuh hari selepas perintah dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*