Surat layang MAHB: Wan Fayhsal digantung 6 bulan

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Jul lalu.

Usul menggantung ketua Pemuda Bersatu itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Sebelum keputusan itu dibuat, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dan Mohd Azli Yusof (PH-Shah Alam) dibenarkan berbahas oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Menurutnya, Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Katanya, perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

“Dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.

Bahawa dakwaan Machang adalah satu perbuatan seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian yang telah bertungkus lumus dalam membantu anggota pentadbiran dalam membangunkan Malaysia, katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*