Sultan Selangor pandang serius perbalahan pemimpin politik Melayu

Sultan Selangor pandang serius perbalahan pemimpin politik Melayu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu.

Sultan Selangor pandang serius perbalahan pemimpin politik Melayu

Baginda bertitah, perbalahan dilhat amat ketara ketika ini, boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara ini.

Beta menegaskan tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara.

“Walaubagaimana pun, Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

“Ini bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

Sultan Sharafuddin menjelaskan para pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil.

Baginda menambah, sekiranya gagal menunjukkan kepimpinan baik dan bertanggungjawab akan menyebabkan kaum lain hilang rasa hormat sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu.

“Pemimpin politik Melayu harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum,” titahnya.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan baginda menyedari gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa di kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Sultan Sharafuddin yang telah menonton filem Mat Kilau memaklumkan sekiranya dihayati dialog digunakan dalam filem itu adalah bertepatan menyampaikan pesanan kepada orang Melayu.

“Kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.

“Justeru, beta menggalakan masyarakat terutama orang Melayu untuk menonton filem ini supaya boleh dijadikan teladan dan pengajaran bahawa tamadun dan negara boleh runtuh sekiranya tiada bersatu padu,” titahnya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*