Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menggesa agar PDRM segera mengenalpasti pelaku dan menyelesaikan kes serangan asid ke atas Faisal Halim.
Dalam wawancara disiarkan The Star, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kekecewaan terhadap kelewatan penyelesaian kes yang disifatkan Baginda sebagai “mudah dan jelas”.
Malah lebih mengecewakan, EXCO Sukan Najwan Halimi pada November lalu memaklumkan Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang kemas kini daripada polis mengenai perkembangan siasatan.
“Dengan media sosial dan teknologi moden, anda tidak boleh menyembunyikan apa apa. Beta mengikuti kes ini di Dewan Negeri Selangor dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.
“Ini adalah kes yang jelas dan insiden itu telah memusnahkan kehidupan Muhammad Faisal,” kata Baginda.
Untuk makluman, Faisal Halim melecur tahap empat pada beberapa bahagian tubuhnya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di luar sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei.
Sultan Selangor Enggan Tuduh Sesiapa Dalam Kes Faisal Halim
Sejak insiden berlaku, PDRM telah mengambil keterangan seramai 23 individu dan menahan tiga suspek bagi membantu siasatan, tetapi tidak ada perkembangan positif berhubung kes berprofil tinggi itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Hussain pula memberitahu PDRM tidak pernah menghentikan siasatan dan berterusan mencari maklumat baru.
Ditanya sama ada Baginda percaya ada pihak tersembunyi di sebalik kes itu, Sultan Sharafuddin menjawab “ada sesuatu (seakan-akan) mengawal dari jauh”, namun enggan menuduh mana-mana pihak.
“Dia (Faisal) seorang pemain yang baik dan Beta rasa dia seorang yang baik, tetapi Beta tidak tahu kenapa dia diserang. Polis mesti bertindak segera dalam perkara ini,” titah Baginda.
Baca juga :
Leave a Reply