Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan santap pagi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House, Masjid India, Kuala Lumpur.
Menerusi Instagram rasmi Sultan Ibrahim, officialsultanibrahim, dilihat Seri Paduka Baginda bersama Anwar dalam suasana santai dengan menikmati hidangan nasi lemak.
Pada santap pagi itu, Seri Paduka Baginda turut ditemani rakyat jelata yang hadir di restoran berkenaan.
“Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.
“Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar,” kata hantaran itu hari ini.
Baca juga :
Tiada pihak pukul suami datang minta maaf, tetap teruskan saman, kata isteri lelaki OKU
Leave a Reply