“Sudahlah tanpa hirisan lemon… Pelanggan kecewa teh O ais lemon naik harga hampir RM7

Seorang pelanggan berasa kecewa kerana harga teh O ais lemon yang dipesannya di sebuah kedai kopi telah meningkat di Singapura, lapor portal berita Stomp semalam.

Namun, apa yang lebih menyedihkan pelanggan itu ialah walaupun harganya meningkat, tiada hirisan lemon yang terdapat di dalam teh O ais tersebut.

Harga teh O ais lemon itu dinaikkan sebanyak S$0.10 sen (RM0.34) kepada $1.90 (RM6.62).

“Bukan sahaja harganya meningkat S$0.10 sen lagi kepada S$1.90, minuman yang dihidangkan kepada saya adalah tanpa lemon.

“Harga telah naik! Mereka mengambil lemon itu juga. Ia sebelum ini diberikan pada masa lalu.

“Perkara ini tidak pernah berlaku. Inflasi telah ada di sini (Singapura),” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*