Seorang wanita di Langkat, wilayah Sumatera Utara mengundang kecaman ramai kerana dengan selamba menampar seorang gadis yang didakwa mencuri sayur bayam dari pasar, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @terangmedia, seorang gadis yang sedang berjalan dihalang lalu dimarahi wanita berkenaan.
Lebih mengejutkan adalah apabila dia ditampar dengan kuat, meskipun diberitahu berkali-kali bahwa bayam tersebut adalah pemberian keluarganya.
Menurut mangsa, dia bukan hanya ditampar malah turut dicubit.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen berang dengan sikap warga emas tersebut.
“Segera membuat laporan kepada polis, tak perlu berdamai,” kata seorang netizen.
“Akhir sekali nanti dia (pelaku) akan minta maaf,” sindir netizen lain.
Turut baca :
Leave a Reply