“Sudah menang syukur sahajalah”, TMJ ‘basuh’ penyokong kritik pemain HM

PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya yang masih mempersoalkan persembahan pasukan negara ketika perlawanan bertemu Kyrgyzstan pada Khamis.

Ini disebabkan ada segelintir penyokong yang mempersoalkan persembahan skuad kebangsaan ketika perlawanan bertemu Kyrgyzstan meskipun meraih kemenangan bergaya.

Hantaran sebuah laman penyokong Instagram, @ekorharimaumalaya kurang disenangi Tunku Ismail dan baginda membalas dalam ruangan komen terbabit.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menasihati penyokong Harimau Malaysia supaya tidak menjatuhkan semangat pemain yang sudah memberikan segala-galanya untuk membantu pasukan negara.

“Sudah menang syukur sahajalah. Lagi nak bising-bising menuding jari sini sana menjatuhkan semangat pemain negara sendiri. Semua pemain sudah beri segalanya, ‘result’ pun Alhamdulillah.

“Awak nak jadi coach ini kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Support saja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik.

“Kalau sayang sangat Brendan Gan call dia buat video,” tulis Tunku Ismail.

Sebelum ini, aksi Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menghuni tangga kedua Kumpulan D yang berkongsi tiga mata bersama pendahulu, Oman yang menewaskan Taiwan 3-0.

Perlawanan seterusnya pada Selasa ini akan menyaksikan Harimau Malaya berdepan pasukan ranking ke-152 dunia, Chinese Taipei di Stadium Municipal, Taipei.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*