
Jenazah lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah sewa di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, minggu lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Johari Bakar kira-kira pukul 10.45 malam tadi.
Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi empat tahun disemadikan dalam satu kubur.
Terdahulu, semua jenazah dimandi dan dikapankan di Hospital Jasin sebelum dibawa ke Masjid Baitulrahman Kampung Enam dengan menaiki lima kenderaan untuk solat jenazah.
Kesemua jenazah tiba di masjid berkenaan pada pukul 8 malam dan kemudian disembahyangkan selepas solat Isyak yang diimamkan oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan hampir 1,000 orang hadir menyaksikan pengebumian tersebut termasuk ahli keluarga, saudara mara, sahabat dan penduduk kampung.
Suami Laila Fathinah, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, yang terselamat dalam kejadian itu kelihatan sugul namun tenang ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah isteri dan empat anaknya
Baca juga :
Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung
Leave a Reply