Suami putus zakar tuntut isteri bayar ganti rugi RM167,000

Seorang suami di Indonesia menuntut isterinya membayar ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,017) kerana memotong kemaluannya, lapor portal berita detikjateng semalam.

Tujuan dia menuntut bayaran ganti rugi kerana mahu menggunakan wang itu bagi merawat zakarnya.

Peguambela mangsa, Aji Mastoto berkata, wang itu akan digunakan untuk kos operasi dan penjagaan kesihatan anak guamnya kerana selepas kejadian alat kelamin mangsa dipotong, dia perlu menjalani rawatan selama setahun.

Isterinya bertindak memotong kemaluan mangsa di sebuah penginapan di Daerah Jebres, Kota Solo pada Mei lalu kerana kecewa dengan lelaki berkenaan.

Pelaku dituduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*