Suami naik pangkat tapi isteri tak suka, syak ada sesuatu yang tak kena

GOLONGAN isteri pastinya menjadi individu pertama yang gembira apabila suami dinaikkan pangkat serta menerima penghargaan selepas lama berkhidmat.

Lain pula situasi seorang wanita ini apabila dia meluahkan kebimbangan selepas suaminya dinaikkan pangkat kepada pengarah urusan sebuah syarikat.

Menerusi hantaran di laman Facebook, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, suaminya merupakan seorang kontraktor dan telah lama berkhidmat dengan majikannya.

Suami naik pangkat tapi isteri tak suka, syak ada sesuatu yang tak kena

“Suami saya dah bekerja lama dengan seorang bos berbangsa Cina, kontraktor, daripada satu projek ke satu projek… sehinggalah hari ini, mereka masih lagi bekerjasama,” ujar memulakan cerita.

Menurut wanita ini, disebabkan ikatan yang telah terjalin itu dan rasa kepercayaan yang tinggi, suaminya diminta untuk menjadi pengarah urusan sebuah syarikat.

Malah katanya, sejak enam bulan lalu bermulalah episod suaminya menggalas tanggungjawab sebagai ketua dan membuat pelbagai pinjaman kewangan menggunakan nama sendiri sejajar dengan tujuan pelantikan yang mahu syarikat berkenaan mendapat ‘title’ bumiputera.

“Enam bulan lepas bos suami saya telah meminta suami menjadi pengarah urusan sebuah syarikat dengan alasan akan dapat ‘title’ bumiputera. Hanya nama suami sahaja sebagai director… katanya senang urusan pinjaman bank dan dapatkan projek.

“Jadi sekarang ni, segala pinjaman bank adalah atas nama suami disebabkan kapasiti sebagai pengarah urusan. Bos dia telah membeli sebuah kereta (Toyota) Harrier atas nama suami yang dikatakan atas nama syarikat tetapi untuk kegunaan bos itu sendiri.

“Selain itu, kesemua bil berkaitan juga atas nama suami,” ujarnya yang turut menzahirkan kerisauan dengan situasi semasa.

Menyedari pelbagai perkara tidak diingini boleh berlaku, dia sentiasa memantau pergerakan syarikat dan rekod kewangan suaminya.

Bukan itu sahaja, mereka juga sering bergaduh hampir setiap hari disebabkan isu-isu berkaitan pelantikan dan pinjaman.

“Kami bergaduh hampir setiap hari. Setakat hari ini, rekod CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) suami masih baik disebabkan projek masih berjalan.

“Namun, saya risau suami akan diisytihar muflis atau bankrap kalau company dah tak mampu bayar kesemua pinjaman bank, kereta dan kad kredit yang katanya dibuat atas nama syarikat menggunakan nama suami sebagai pengarah urusan,” tambahnya yang turut berharap pandangan daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mencadangkannya supaya dia menasihati suami untuk melepaskan jawatan berkenaan yang disifatkan sebagai konsep perniagaan ‘ali baba’.

Suami naik pangkat tapi isteri tak suka, syak ada sesuatu yang tak kena
Kebanyakan warga maya menyarankannya untuk menasihati suami supaya menarik diri.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman seumpamanya sehingga dijadikan ‘kambing hitam’ atas kesalahan yang dilakukan.

“Saya dah lalui ni, kalau suami tidak pandai menguruskan operasi dan tiada akses akaun syarikat… mohon dia tarik diri. Ini semua aktiviti kambing hitam, segala jenayah di belakangnya nanti suami akan terima akibat. Kereta, hadiah dan segala insentif tu adalah sebagai umpan.

“Syarikat ‘ali baba’, saya pernah kerja dengan sebuah syarikat sebagai penghantar surat pada 2019 dengan gaji sebanyak RM1,100. Kemudian majikan tawarkan saya jadi pengarah dengan bayaran RM2,500… saya tolak sebab kerja masih hantar surat, mana ada pengarah hantar surat.

“Bagi mengurangkan risiko, minta suami puan buat perjanjian pihak ketiga di mahkamah tinggi dengan empunya syarikat, upah mana-mana peguam dengan kos dalam RM1,000. Isi kandungan perjanjian lebih kepada pengakuan suami hanyalah penama, tidak mempunyai kuasa tandatangan dan segala risiko adalah tanggungjawab pemilik.

“‘Kabel’ nak dapatkan projek, lebih baik suami puan buat sendiri je… kerja pun dah lama sangat tu,” ujar beberapa warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*