Seorang wanita buta kedua-dua belah mata akibat dibelasah teruk oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Memetik laporan Kompas.com, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah pasangan itu di Bangka Barat, Indonesia pada 26 November lalu.
Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Nurlela bertikam lidah dengan suaminya, Supri sebelum lelaki itu bertindak memukulnya.
Tindakan lelaki itu telah menyebabkan mangsa hilang penglihatan dan lebih parah lagi dia tidak dapat meminta pertolongan kerana mulut serta tangannya turut dicederakan.
Insiden tersebut disedari oleh anak mangsa berusia 13 tahun yang bertindak meminta pertolongan daripada penduduk setempat.
Menurut adik iparnya, Supri disifatkan sebagai seorang yang sensitif, pemarah, kuat cemburu malah pernah mengugut untuk membunuh isterinya.
Sementara itu, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung kes keganasan rumah tangga tersebut.
- Turut baca : {VIDEO} “Al-Fatihah buat arwah…” Dua wanita termasuk ibu sarat mengandung lima bulan maut nahas 4 kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan di muka iaitu di mata yang luka dipercayai terkena objek tajam, bibir terkoyak, gigi dan tangan mangsa juga patah. Kecederaan tersebut didakwa akibat dipukul suami mangsa dan bahagian kepalanya juga bocor.
Susulan itu, Nurlela kini terpaksa menjalani rawatan intensif di Hospital Bhakti Timah, Bandaraya Pangkapinang.
Ekoran kecederaan yang dialami mangsa, dia tidak dapat menyusukan anaknya yang berusia lapan bulan.
Dalam pada itu, keluarga mangsa juga berharap agar pihak polis dapat menangkap Supri dengan segera walaupun motif tindakannya masih belum diketahui.
Leave a Reply