SPRM serbu pejabat peguam Muhyiddin

Firma peguam yang mewakili pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin, Rosli Dahlan Saravana (RDS) diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Seramai 12 pegawai SPRM melakukan serbuan tersebut. Menurut sumber mereka menuntut hak menggeledah dan merampas dokumen firma tersebut.

SPRM juga cuba membuat serbuan ke atas Chetan Jethwani & Co, satu lagi firma guaman yang turut mewakili Mahiaddin.

Rakan kongsi utama RDS merupakan penasihat utama Bersatu dan Mahiaddin.

RDS telah mewakili Mahiaddin dalam kes saman fitnah anak guamnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysiakini memetik sumber yang mendakwa serbuan yang dibuat atas syak wasangka adalah bertujuan untuk membolehkan SPRM mendapatkan akses fail firma berkaitan kes di atas yang berkemungkinan telah dibocorkan kepada pihak bertentangan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*