SPRM cekup lelaki rasuah lulus pemeriksaan Puspakom

30 Dis lalu, JPJ melaksanakan Op Mengejut Puspakom serentak di seluruh negara bermula 9.30 pagi membabitkan 350 pegawai dan anggota bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Puspakom mematuhi piawaian ditetapkan.

“SPRM akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Putrajaya, jam 9 pagi ini,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa.

Jelasnya, ia sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom.

“Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara serta bebas daripada sebarang amalan rasuah.

“SPRM komited untuk terus memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan, demi memastikan perkhidmatan awam di negara ini kekal telus, berintegriti serta dipercayai rakyat,” katanya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*