SPRM ‘cekup’ ketua kaum di Sarawak songlap RM455,000

BINTULU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang ketua kaum kerana disyaki menyalahguna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Bintulu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2019 hingga 2023. Suspek disyaki menyalahguna wang pampasan yang diberikan oleh sebuah syarikat pembalakan, yang sepatutnya disalurkan kepada penduduk rumah panjang berhubung projek pembalakan,” katanya.

Tambahnya, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM9,500 serta satu unit telefon bimbit dari suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009

Sementara itu, perintah reman selama lima hari sehingga 26 Januari ini telah dikeluarkan Majistret Galvin Loo Wei Ling selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Bintulu pagi tadi.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*