Skandal 1MDB ‘ranap’ dana simpanan negara

Skandal 1MDB ‘ranap’ dana simpanan negara.

RM17.29 Bilion hangus tahun ini. Kalau tidak kerana skandal mencuri duit 1MDB, tahun ini saja kerajaan ada duit tambahan RM17.29 bilion untuk dibelanjakan ke atas rakyat jelata.

Mengikut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, itulah jumlah hutang 1MDB yang kita semua kena bayar balik tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz

Dalam kenyataan kepada Parlimen pada 17 Mac lalu, Tengku Zafrul kata, baki duit curi 1MDB yang kita dapat balik ada sebanyak RM15.76 bilion.

Tapi tidak cukup untuk bayar balik pokok dan faedah hutang 1MDB bagi tahun ini. Kekurangan sebanyak RM1.53 bilion terpaksa ditampung oleh kerajaan. Campur kedua-dua jadi RM17.29 bilion.

Dia kata lagi, baki hutang 1MDB hingga tahun ini masih ada RM38.8 bilion.

Ini semua kerja bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, dan rakan kongsi dia, Jho Low serta konco-konco upahan. Di kemuncaknya, hutang 1MDB lebih RM50 bilion.

Inilah najis skandal 1MDB yang Najib bebankan ke atas kita dan anak cucu kita.

Hatta ditakdirkan dia akhirnya masuk penjara sekali pun, najis ini tidak selesai dan kita terpaksa menanggungnya dengan duit cukai kita dan anak cucu kita. Dalam itu pun dia suruh laksanakan balik GST.

Bayangkan dengan duit RM17.29 bilion atau tanpa beban sebesar itu, berapa banyak kemudahan yang kerajaan boleh salurkan kepada rakyat jelata?, tanya Kadir Jasin.

Tapi semua itu hangus kerana skandal kewangan terbesar di dunia ciptaan Najib.

Wallahuaklam | A.Kadir Jasin

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*