Sindiket rasuah: Penguat kuasa tahan ‘Datuk’, rampas wang tunai RM38 juta, emas 200 kg, 17 buah kereta mewah disita

Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia merampas wang tunai RM38 juta dan emas seberat 200 kilogram dianggarkan bernilai RM60 juta dalam operasi besar-besaran terhadap sindiket melakukan pelbagai jenayah, Isnin lalu. Turut disita 17 buah kereta mewah berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengetuai operasi pasukan itu berkata turut disita 17 buah kereta mewah berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

Menurutnya, turut ditahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Siasatan dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama polis, imigresen, kastam, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*