Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Penahanan itu selepas SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.
Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, berkata mereka adalah individu terbaru yang ditahan semalam dan permohonan reman dibuat hari ini.
Katanya, pihaknya sebelum ini menahan reman lima hari terhadap 12 individu dan tujuh daripadanya akan dilepas reman hari ini.
“Manakala lima lagi orang akan dimohon untuk disambung reman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya, menurut Harian Metro.
Semalam, media melaporkan 4,000 dokumen dirampas bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.
Azam Baki dilaporkan berkata, 16 individu membabitkan pegawai bank dan syarikat perundingan dijangka akan dipanggil dan berkemungkinan ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata sehingga kini 4,000 dokumen sudah dirampas dan dalam proses siasatan.
SPRM mendapati sejumlah RM700 juta pinjaman sudah diluluskan kepada 4,000 penjawat awam di mana, pinjaman yang diluluskan itu daripada pelbagai bank sejak syarikat berkenaan beroperasi tahun 2020.
Terdahulu SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.
Suspek, dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.
Antara yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan.
Baca juga :
Leave a Reply