Sindiket ‘counter setting’: SPRM ‘kutip’ 50 pegawai Jabatan Imigresen bertugas di KLIA

Sindiket ‘counter setting’: SPRM ‘kutip’ 50 pegawai Jabatan Imigresen bertugas di KLIA.

Seramai 50 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ekoran bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan ‘counter setting’.

Kesemua mereka ditahan SPRM menerusi tiga operasi iaitu Ops Pump, Ops Setting dan Ops Pump 2.0 bagi membawa masuk pekerja asing melalui kaunter tertentu tanpa pemeriksaan yang ditetapkan JIM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua penguat kuasa itu ditahan pada 5 September lalu di mana 12 daripadanya bertugas di Selangor.

“Daripada jumlah itu, 12 ditahan di Selangor, lapan di Negeri Sembilan dan enam di Kuala Lumpur.

“Turut ditahan ialah enam di Pahang selain masing-masing empat di Johor dan Melaka,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini tadi.

Mengulas lanjut, Azam berkata, turut ditahan ialah sembilan pegawai daripada bahagian perisikan JIM selain seorang sarjan wanita Polis Diraja Malaysia.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*