‘Simpang Tiga Maut’ hantui warga Machang

‘Simpang Tiga Maut’ hantui warga Machang. Sudah lebih 15 kali kemalangan di lokasi yang sama, namun permintaan penduduk di daerah Machang untuk pemasangan lampu isyarat masih tidak diendahkan.

Itulah nasib penduduk daerah Machang apabila satu kawasan jalanraya menjadi kawasan kerap kemalangan yang dikenali sebagai simpang tiga ‘MAUT’ berhampiran Pejabat Tanah Jajahan Machang dan Jabatan Kerja Raya Daerah Machang.

Mengikut temubual yang dilakukan, penduduk di situ mendakwa, kawasan tersebut seringkali menjadi kawasan kemalangan di mana sebelum ini, pernah terdapat tiga kes kemalangan yang berlaku dalam tempoh masa sebulan sahaja.

Situasi yang berlaku tersebut amat menggusarkan penduduk daerah Machang, namun permintaan mereka yang mahu pemasangan lampu isyarat untuk mengurangkan kes kemalangan di simpang tiga tersebut sehingga kini masih tidak dipedulikan pihak berwajib.

Aduan kepada ahli parlimen Machang juga sudah dibuat beberapa kali setiap kali berlakunya kemalangan namun masih belum ada maklumbalas yang jelas.

Menurut wakil penduduk di situ, dia menyatakan kerisauannya setiap kali melalui jalan tersebut.

“Sampai bila rakyat perlu ambil risiko keselamatan apabila melalui jalan tersebut. Saya mohon, wakil ahli parlimen untuk segerakan peruntukan bagi membina lampu isyarat di kawasan tersebut”, katanya.

Ada juga penduduk yang menyatakan bahawa mereka sanggup menggunakan jalanraya yang lain kerana khuatir keselamatan mereka apabila menggunakan jalan tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*