Simpan 15,000 liter minyak diesel bersubsidi, stor haram diserbu

PORT DICKSON: Sebuah stor haram yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan sebanyak 15,000 minyak diesel bersubsidi terbongkar hasil serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan di Kampung Baru Sungai Nipah, di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd Muis Samsudin berkata, ketika serbuan pada pukul 1.15 petang itu, pasukan penguat kuasa mendapati terdapat dua buah lori tangki berada di pekarangan kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

LORI tangki yang dipercayai digunakan sindiket untuk memindahkan minyak diesel bersubsidi ke dalam sebuah stor haram di Kampung Baru Sungai Nipah, Port Dickson, Negeri Sembila

“Terdapat hos-hos bagi kerja-kerja pemindahan minyak diesel dikesan daripada tangki lori tersebut. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kira-kira 15,000 liter minyak diesel di dalam kedua-kedua lori tangki berkenaan,” katanya.

Abd. Muis berkata, semakan awal juga mendapati premis yang diserbu tidak mempunyai lesen sah atau apa-apa dokumen kebenaran daripada pengawal bekalan untuk menjalankan urusan barang kawalan bersubsidi diesel.

Menurut Abd Muis, hasil serbuan tersebut, sebanyak 15,000 liter minyak diesel, dua buah lori tangki dan peralatan digunakan untuk kerja-kerja pemindahan diesel disita bagi tujuan siasatan dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM92,250.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan serta Seksyen 20 (1) akta yang sama kerana menyimpan barang kawalan ditempat yang tidak dilesenkan,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*