Polis belum menerima sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara berhubung status kertas siasatan (IP) isu 3R (kaum, royalti, agama) terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, serta Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain, semua penemuan polis berhubung kes itu diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) tahun lepas.
“Kami telah menyerahkan semua IP. Tiada maklum balas setakat ini,” katanya pada sidang media di Klang semalam.
“Selepas polis menyerahkan (kertas siasatan) kami kepada DPP, orang bertanya apakah keputusan kes itu. Hasil siasatannya, kita tunggu arahan lanjut daripada DPP,” tambah Shuhaily.
Tahun lepas, polis melancarkan siasatan berasingan terhadap Mahathir, Muhyiddin dan Hadi berhubung ucapan mereka kerana didakwa menyentuh isu 3R.
Kesemua kes itu disiasat oleh pasukan khas polis, yang ditubuhkan Bukit Aman untuk memastikan siasatan cepat ke atas semua kes melibatkan 3R.
Kenyataan kontroversi
Pada September tahun lepas, Muhyiddin disiasat kerana ucapan kontroversi mengatakan haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Pulai.
Menurut Sinar Harian, ucapan berkenaan telah disampaikan di Simpang Jeram pada 3 Sept lalu ketika Muhyiddin didakwa mengatakan orang Melayu telah kehilangan kuasa politik dan kawalan kerajaan persekutuan.
Hadi disiasat berhubung dakwaannya terhadap DAP pada Julai, mendakwa parti itu berhasrat mengekalkan makna Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah British, yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang dianuti oleh negara Barat.
Sementara itu, Mahathir disiasat kerana didakwa menghina institusi diraja.
Turut baca ;
- “Penjara 20 tahun jika sabit kesalahan…” Terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul, sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah
- “Gerun fikir fitnah akhir zaman…” Foto wanita Melayu jelita rupanya AI
- “Mana mahu lari…” Rogol remaja tingkatan 4 dua kali di tempat letak kereta, sarjan polis akhirnya ditahan
Leave a Reply