“Siapa bersidai pasti kena” – Nenek jadi guard, bawa rotan jika ponteng solat Jumaat

Di Malaysia, solat Jumaat sangat sinonim dengan kaum lelaki

Solat Jumaat dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah khas untuk sembahyang ini.

Hukum bagi solat Jumaat adalah Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu dan wajib dilakukan bagi setiap lelaki bagi yang sudah pun baligh. Wanita boleh melakukannya tetapi tidaklah wajib.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang warga emas mengawal ketat semasa solat hari Jumaat telah mencuri perhatian.

Kawal ketat kawasan masjid sambil pegang rotan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita warga emas dilihat sedang berada di sebuah kawasan masjid.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia siap memegang rotan. Difahamkan, nenek berkenaan sering melakukan perkara tersebut bagi memastikan semua lelaki tidak ‘bersidai’ ketika solat Jumaat.

Turut baca :

“Nenek ni bawa rotan time orang solat Jumaat siapa duduk bersidai habis dia rotan, kalau tengok pun macam orang setempat hormat dia confirm kenal sangat dah ni,” tulis di kapsyen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*