“Siap hentak payung…” Wanita terkejut ditengking warga asing.
Kebiasaanya waktu pagi adalah waktu di mana semua orang masih mencari ‘mood’ untuk memulakan rutin harian mereka.
Nak pula jika ada dari kalangan kita yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, dalam pada bekejar waktu ke pejabat, mereka perlu bersesak dulu berebut ‘trip’ untuk ke stesen.
Demikian turut dilalui wanita ini, namun pada hari itu situasinya agak berbeza selepas dia ditengking oleh seorang lelaki warga emas ketika sedang lena di dalam ‘train’.
Menurut pemilik akaun @chnrsyrn, sebelum kejadian dia tertidur sebentar di tempat duduknya dan terkejut apabila tiba-tiba ditengking dan dimaki oleh lelaki terbabit.
Lelaki itu meminta agar wanita ini segera berpindah tempat kerana dia ingin duduk di situ dan menegaskan bahawa itu adalah tempat duduknya, sedangkan masih ada 3 lagi tempat kosong.
Lebih memeranjatkan, lelaki bukan warganegara itu menghentak payungnya dan meminta untuk diam ketika ada yang cuba berbalah tentang keputusannya.
Susulan insiden yang menimpa, wanita berkenaan juga meminta agar orang ramai lebih berhati-hati.
Justeru itu, dia turut mendedahkan laluan MRT yang menemukan dia dengan lelaki terbabit.
Turut baca
- Video individu solat dikaki lima dirakam kawan undang kemarahan netizen
- Ibu temui kepala anak dalam tong sampah, ini punca sebenar
- Abang ‘kudung lagi bertongkat’ tergamak rogol adik sehingga mengandung
Leave a Reply