Siap ada cadar, tuala dan ada wifi… Wanita dedah taktik ‘scammer’ menyamar ejen rumah sewa

Seorang wanita baru-baru ini mendedahkan tentang taktik baru digunakan scammers dengan menggunakan Airbnb. Ceritannya di Threads, dia hampir menjadi mangsa penipuan berkenaan namun bernasib baik selepas dia menyedari entang sesuatu yang tidak kena.

Wanita tersebut memberi peringatan kepada orang ramai yang sedang mencari rumah sewa untuk berwaspada dengan penipuan dengan cara itu.

Katanya, baru-baru ini dia telah pergi untuk melihat sendiri sebuah rumah kerana sedang mencari kediaman baru untuk berpindah.

Namun apa yang membuatkannya pelik adalah penghawa dingin sudah siap dipasang ketika dia sampai selain rumah itu bersih seperti baru dikemas.

Siap ada cadar, tuala dan ada wifi.

Dia mula berasa pelik kerana dua tuala yang dilihatnya itu digulung cantik seperti cara hotel dan Airbnb lakukan tetapi apabila dia bertanya, ‘ejen’ wanita tersebut berkata semua tuala, wifi dan cadar diberikan percuma.

Katanya, rumah tersebut diiklankan di Mudah.my dengan harga jauh lebih rendah daripada pasaran namun apabila dia bertanya, ‘ejen’ terbabit mula untuk mengelak dan seolah-olah mahu beredar.

I minta dia name card, dia kata terlupa bawa wallet. Then I tanya kenapa unit tu murah sebab market dekat situ RM2,500. Tapi dia post dekat Mudah.my RM1,800 fully furnished. Then dia macam rushing nak gerak.

‘Ejen’ berkenaan kemudian mula bertanya seakan-akan mendesaknya untuk membayar duit booking dengan alasan ramai berminat dengan unit tersebut.

Dia cakap kalau ‘awak transfer booking sekarang, saya bagi awak 15 hari percuma’. Wehhh kalau ye pun nak scam, at least towel tu sorok la, tak pernah jumpa la orang sewakan rumah siap bagi towel sekali. Siap free wifi pulak tu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*