MIRI – Seorang dilaporkan maut manakala empat lagi dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh melibatkan dua buah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini awal pagi ini.
Empat mangsa yang masih hilang itu dipercayai dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.58 pagi dan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih dilakukan sehingga kini.
Katanya, laporan awal yang diterima memaklumkan terdapat dua buah rumah telah ditimbus tanah runtuh membabitkan seramai 13 penghuni.
“Setakat ini kita sahkan seorang maut iaitu remaja lelaki. Empat lagi yang dikhuatiri tertimbus ialah dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak masih berada dalam kawasan runtuh itu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk sekitar yang terjejas susulan kejadian tanah runtuh itu telah diarahkan mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan.
Baca juga :
{VIDEO} CCTV ‘dedah’ lelaki pindahkan bagasi berisi tubuh teman wanita
{VIDEO} CCTV ‘dedah’ lelaki pindahkan bagasi berisi tubuh teman wanita
Leave a Reply