“Sendiri cari pasal…” ‘Escort’ anak Ahli Parlimen, dua anggota trafik dikenakan tindakan tatatertib

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular yang menyaksikan tindakan dua orang anggotanya mengiiringi perjalanan individu didakwa anak Ahli Parlimen.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan bahawa kedua-duanya dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuakn dan Tatatertib) 1993.

“Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada Ahli Parlimen BN menggunakan motosikal PDRM di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.”

"Sendiri cari pasal..." 'Escort' anak Ahli Parlimen, dua anggota trafik dikenakan tindakan tatatertib
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin

“PDRM juga sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei 2022.” -Hamzah

Untuk rekod, pada Mei lalu, polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik berhubung kejadian mengiiringi kenderaan awam.

Polis memaklumkan kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana ia membabitkan kesalahan menggunakan media sosial.

Turut baca

 

  • "Sendiri cari pasal..." 'Escort' anak Ahli Parlimen, dua anggota trafik dikenakan tindakan tatatertib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*