‘Seleweng’ dana publisiti RM700 juta, SPRM akan panggil seorang bekas PM

‘Seleweng’ dana publisiti RM700 juta, SPRM akan panggil seorang bekas PM.

Seorang bekas Perdana Menteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selewatnya pada minggu depan bagi membantu siasatan berhubung penggunaan wang RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan bekas Perdana Menteri itu akan diambil secepat mungkin di mana ia akan diadakan selewatnya pada minggu hadapan.

“Perkara itu serahkan kepada kami (panggil bekas PM), salah seorang daripada mereka akan dipanggil.

“Kita sedang menyiasat isu RM700 juta dan apa paling penting, kami mahu mengetahui bagaimana duit itu dibelanjakan.

“SPRM tidak mempunyai banyak persoalan mengenai bagaimana ia diputuskan atau diluluskan, tetapi (fokus) berkaitan bagaimana wang dibelanjakan dan syarikat mana yang dapat, itu penting,” katanya pada Majlis Peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di sini hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*