‘Selangor baru RM2… Seorang pengguna FB cetus kontroversi selepas mengeluh harga nasi bujang RM3 di Kelantan mahal

Seorang pengguna Facebook mencetuskan kontroversi di media sosial selepas mengeluh mengenai harga nasi bujang RM3 di Kelantan yang dianggapnya terlalu mahal.

Dalam hantaran tersebut, pemilik akaun itu menyindir harga nasi bujang yang seolah-olah berlebihan dan membandingkannya dengan harga lebih rendah di Selangor.

“Tadi saya makan nasi bujang di Kelantan. RM3. Mahalnya, mereka nak beli kapal terbang pergi Mekah ke? Selangor baru RM2. Ada yang RM1.70 je. Tahu lah gaji dah naik RM1,700 tapi takkan sampai RM3 nasi bujang,” katanya.

Namun, reaksi orang ramai di ruangan komen rata-rata mengecam hantaran itu dengan mengatakan harga RM3 masih murah dalam keadaan ekonomi semasa yang serba mencabar.

“Selangor di mana harga yang murah tu? Maklum lah nama tempat, kedai mana. Kau ni tak tahu bersyukur ke?,” tegas Iskandar Eastman.

“Kau nak berapa ringgit? RM3 kata mahal lagi. Baik kau masak sendiri, dah nak murah sangat. Aduh kau ni,” komen Rohana Daud.

“Kau masih hidup tahun 90-an ke?,” ujar Zul

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*