Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir memanggil Azmin Ali sebagai “kurang ajar” kerana mendakwa Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan perdana menteri kerana sikap “pelupanya”.
Mukhriz turut mempersoalkan kesahihan dakwaan Azmin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor yang kononnya beliau “bersembang selama dua jam dengan Mahathir untuk membincangkan episod Langkah Sheraton”, baru-baru ini.
“Azmin memang penipu besar. Dengan pemimpin penipu macam ini, rakyat wajib tolak,” tulis Ahli Parlimen Jerlun itu, di Instagram miliknya.
Hari ini, MalaysiaGazzette melaporkan, Azmin ketika melancarkan persidangan dan jentera pilihan raya Bersatu Selangor, mendakwa Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020 kerana sikap pelupanya.
Beliau dipetik berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan pertemuan bersama negarawan negara itu, baru-baru ini.
“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).
“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.
“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Mahathir di hadapan lebih 3,000 ahli PN, pada majlis di Shah Alam.
Turut baca :
- {VIDEO} Ditipu hidup-hidup dengan ‘founder sampah’, terpaksa buang produk walaupun rugi besar
- {VIDEO} Perlawanan bola sepak di Jawa Timur berakhir dengan kematian
Leave a Reply